4 kanak-kanak maut terhidu gas beracun

AMARILLO, Texas, 3 Jan – Gas yang mengandungi racun dipercayai dilepaskan apabila seseorang yang cuba untuk mencuri racun perosak yang telah disembur di kawasan perumahan Texas, membunuh empat kanak-kanak dan mengakibatkan enam lagi dimasukkan ke hospital, kata pegawai hari ini.

Gas phosphine berkemungkinan dilepaskan apabila air bercampur dengan bahan kawalan perosak kimia, kata pegawai bomba Amarillo. Punca kematian belum dikeluarkan untuk empat orang mangsa pada petang kelmarin, kata pegawai bomba.

Krew yang menerima panggilan pada 5 pagi waktu tempatan berikutan dengan kejadian di rumah tersebut asalnya hanya menyangka ia berkaitan dengan keracunan karbon monoksida, kata bomba Amarillo, Capt. Larry Davis dalam satu kenyataan. – AP