Thursday, September 19, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 kanak-kanak meninggal dunia akibat jangkitan virus

    NEW DELHI, 14 JULAI – Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak telah meninggal dunia dan dua lagi sedang menjalani rawatan kerana disyaki dijangkiti virus Chandipura di negeri Gujarat di barat India, kata pihak berkuasa kelmarin.

    Kematian tersebut telah dilaporkan di Hospital Awam Himmat Nagar di daerah Sabarkantha, kira-kira 63km timur laut Gandhinagar, ibu kota Gujarat.

    Menurut ketua pegawai kesihatan daerah Sabarkantha, Raj Sutariya, sampel darah kesemua kanak-kanak berkenaan telah dihantar ke Institut Virologi Kebangsaan di Pune untuk pengesahan.

    Pegawai kesihatan berkata virus Chandipura boleh menyebabkan demam, dengan simptom yang serupa dengan selesema, dan keradangan akut pada otak. Patogen disebarkan oleh vektor seperti nyamuk, kutu dan agas. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda