MAARAT AL-NAASAN, SYRIA, 4 APRIL – Empat kanak-kanak terkorban dalam perjalanan mereka ke sekolah pagi ini selepas pasukan rejim membedil sebuah bandar di rantau Idlib, kubu pemberontak terakhir di Syria, kata pemantau perang.
Pengeboman itu menyasarkan Maarat al-Naasan, sebuah bandar di pinggir Idlib, kata Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan Syria.
Wartawan AFP mengambil gambar yang menunjukkan lori kecil membawa tiga mayat berbungkus beg plastik hitam ke perkuburan tempatan. Salah seorang mangsa dikebumikan di tempat lain selepas meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya. – AFP
