Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 kempen derma darah minggu ini

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JUN – Dalam sama-sama membantu mengekalkan bekalan stok darah di negara ini, orang ramai dialu-alukan untuk menyertai kempen-kempen derma darah yang akan diadakan di empat lokasi di Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Belait.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal akan mengendalikan kempen derma darah di Coffee Bean & Tea Leaf, Pusat Beli-belah Onecity, Kampung Sungai Hanching pada 6 Jun dari pukul 10 pagi hingga 2 petang dan pada 7 Jun, ia akan diadakan di Little Soho, Batu Bersurat anjuran Laneige Brunei pada waktu yang sama Kempen serupa juga akan diadakan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Kampung Pandan, Kuala Belait dari pukul 9 pagi hingga 11:30 petang, manakala itu, pada 10 Jun dari pukul 10 pagi hingga 3 petang, kempen akan diadakan di McDonald’s Jerudong, anjuran Brunei Gas Carrier Sdn Bhd.

    Orang ramai yang berhasrat untuk menyertai dalam kempen derma darah berkenaan disarankan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda