Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 kes mpox baharu dikesan di UK

    LONDON, 7 NOV – Pihak berkuasa kesihatan British mengesahkan bahawa mereka telah mengenal pasti empat kes varian baharu mpox yang lebih mudah berjangkit, yang pertama kali muncul di Congo, sekali gus menjadikannya kluster kes pertama di luar Afrika. Bagaimanapun, saintis menyatakan bahawa risiko kepada orang awam kekal rendah.

    Kes pertama varian itu diumumkan minggu lalu di United Kingdom (UK) melibatkan seorang pesakit yang dirawat di sebuah hospital di London selepas pulang dari beberapa negara Afrika yang kini mengalami penularan wabak.

    Minggu ini, Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) mengesahkan tiga lagi kes baharu dalam kalangan ahli keluarga pesakit berkenaan, yang turut menerima rawatan di London.

    “Mpox sangat mudah berjangkit dalam kalangan isi rumah yang mempunyai kontak rapat, jadi tidak mengejutkan jika terdapat kes tambahan dalam satu keluarga,” kata Ketua Penasihat Perubatan Agensi Keselamatan Kesihatan UK, Susan Hopkins.

    Varian baharu mpox itu pertama kali dikesan awal tahun ini di timur Congo

    Saintis percaya ia menghasilkan gejala yang lebih ringan dan sukar dikesan, menjadikannya lebih mudah tersebar tanpa disedari. Penularannya di Congo dan beberapa kawasan lain di Afrika menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan kecemasan global pada Ogos lalu.

    Pada 2022, lebih daripada 3,000 kes mpox jenis lain telah dicatatkan di UK dalam wabak yang melanda lebih 100 negara.

    Varian baharu mpox itu turut dikesan di Burundi, Kenya, Rwanda dan Uganda, serta kes terpencil dalam kalangan pengembara di Sweden, India, Jerman dan Thailand.

    Setakat ini, dianggarkan terdapat kira-kira 43,000 kes disyaki mpox di Afrika, termasuk lebih 1,000 kematian, kebanyakannya di Congo. – AP

    Imej yang disediakan oleh Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan ini menunjukkan zarah wabak mpox, berwarna hijau, yang terdapat dalam sel yang dijangkiti dalam kultur, berwarna biru. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda