ISLAMABAD, 15 Jan – Tentera Pakistan berkata askar India telah melepaskan tembakan ke sempadan yang membahagikan wilayah Kashmir, mengorbankan empat tentera Pakistan sebagai pencabulan gencatan senjata yang terbaru di wilayah yang dipertikaikan di Himalaya.
Ia mengatakan tentera Pakistan bertindak balas tembakan, dan melaporkan tiga orang tentera India telah terbunuh.
India tidak mengesahkan laporan berkenaan dan dakwaan tentera Pakistan terhadap kematian tentera India tidak dapat disahkan secara bebas.
Kenyataan menyebut tentera Pakistan sedang ‘melakukan penyelenggaraan’ di saluran komunikasi berdekatan kampung sempadan Kotli apabila mereka berbalas tembakan hari ini. Ia mengatakan tentera itu berada di sempadan Pakistan. Kedua-dua negara bersenjata nuklear yang berjiran sering kali berbalas tembakan di Kashmir, yang mana kedua-dua negara mendakwa keseluruhan tempat itu sebagai milik mereka.
Pakistan dan India telah berperang sebanyak dua kali kerana Kashmir selepas memperoleh kemerdekaan dari Britain pada 1947. – AP