TAWAU, 29 NOV – Pasukan Khas Jabatan Perhutanan Sabah (Protect) menahan empat lelaki dipercayai memburu dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Rara, yang terletak kira-kira 60 kilometer dari Tawau, Rabu lepas.
Kesemua mereka yang terdiri daripada dua warga tempatan serta dua warga asing berumur antara 30 dan 40 tahun ditahan semasa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda, dan antara yang dirampas daripada mereka adalah selaras senapang buatan sendiri (bakakuk), beberapa butir peluru, serta seekor rusa yang mati ditembak yang diletakkan di ruang belakang kenderaan. –Bernama