Monday, April 14, 2025
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 lelaki warga asing salah guna pas khas tumpas

    TAWAU, 9 APRIL – Empat lelaki warga asing yang menyalahgunakan pas khas diberikan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk pulang ke negara asal ditahan dalam serbuan di tapak pembinaan di Jalan Bugaya, Semporna, semalam.

    Pengarah JIM Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof, berkata empat individu itu memasuki Sabah sebagai pelancong dan berdasarkan semakan pas lawatan sosial mereka tamat pada 18 Mac bagaimanapun sebelum itu mereka menyerah diri bagi tujuan balik ke negara asal.

    “Berikutan itu kita bagi 30 hari tempoh pas khas dan sepatutnya meninggalkan Sabah (dalam tempoh itu) namun mereka didapati menyalahgunakan pas terbabit untuk berkerja, dan semasa serbuan pada 8 pagi itu mereka sedang bekerja bagi pembinaan resort.

    “Semua pelancong perlu mematuhi tempoh keberadaan di Sabah dan tidak menyalahgunakan pas iaitu bekerja di kawasan tidak sepatutnya. Mereka sepatutnya menjadi pelancong tetapi datang dengan niat be-kerja,” katanya dalam sidang media hari ini.

    Sitti Saleha berkata empat lelaki warga China itu antara 88 individu, termasuk warga Pakistan dan Filipina yang ditahan oleh penguat kuasa imigresen ketika operasi dijalankan di sekitar Semporna sejak semalam hingga 4 pagi tadi. – Bernama

    Sh Sitti Saleha berkata empat individu itu memasuki Sabah sebagai pelancong dan berdasarkan semakan pas lawatan sosial mereka tamat pada 18 Mac. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda