JAKARTA, 20 FEB – Satu letupan besar di sebuah rumah kampung di bandar Blitar, Wilayah
Jawa Timur, Indonesia, membunuh empat orang dan men-cederakan berpuluh-puluh lagi di kawasan itu pada petang kelmarin, kata polis tempatan hari ini.
Mangsa-mangsa yang terbunuh dalam letupan itu semuanya daripada keluarga yang sama, seorang bapa bersama dua anaknya dan seorang anak saudara, ketua polis Blitar Argo Wiyono memberitahu media tempatan, sambil menambah bahawa letupan itu turut mencederakan sekurang-kurangnya 13 penduduk kampung dan merosakkan lebih 20 rumah di kawasan itu.
Polis mengesyaki letupan itu berpunca daripada mercun yang dibuat oleh bapa berkenaan menjelang bulan Ramadan. – Xinhua