Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 maut, 30 cedera nahas di Filipina

    MANILA, 31 Jan – Empat orang terbunuh manakala 30 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya apabila sebuah bas pelancong merempuh belakang trak kargo, di utara Filipina pada Khamis pagi.

    Polis berkata nahas berlaku kira-kira jam 5.20 pagi waktu tempatan di sebuah lebuh raya di utara Manila, lapor agensi berita Xinhua.

    Menurut polis, bas malang yang membawa pegawai kerajaan itu dalam perjalanan dari wilayah Cavite, selatan Manila menuju ke Baguio, bandaraya pergunungan terletak di utara Filipina.

    Mangsa yang maut terdiri pemandu pelancong dan tiga penumpang bas terbabit, memetik media tempatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda