Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 maut, 4 cedera akibat tanah runtuh

    JAKARTA, 27 JAN – Sekurang-kurangnya empat maut, termasuk seorang anak damit berusia sebulan, manakala empat lagi cedera parah dalam kejadian tanah runtuh di daerah Mamuju, Sulawesi Barat, Indonesia, menurut pihak berkuasa bencana negara hari ini.

    Ketua Agensi Pengurusan Bencana Wilayah Mamuju, Taslim Sukirno, memaklumkan bahawa tanah runtuh berlaku di Kampung Mamunyu sekitar jam 11:15 malam kelmarin selepas hujan lebat melanda kawasan itu selama lebih lapan jam.

    Menurut laporan awal pihak berkuasa, kejadian itu turut mengakibatkan dua rumah tertimbus.

    “Semua mangsa telah diselamatkan menggunakan pengusung dan ambulans, manakala mereka yang cedera kini menerima rawatan rapi di Hospital Daerah Mamuju,” katanya seperti yang dilaporkan media tempatan. – Xinhua

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda