JAKARTA, 13 JAN – Empat orang maut di bandar Batam, yang terletak di wilayah Kepulauan Riau, selepas tanah runtuh melanda sebuah kompleks perumahan pada awal pagi tadi.
Bencana tersebut juga mencederakan lima orang dan merosakkan lima buah rumah, menurut agensi mitigasi bencana provinsi.
Hendrija, ketua bahagian pemulihan dan pembinaan agensi tersebut, memberitahu media tempatan bahawa hujan lebat melanda di Kepulauan Riau sejak Jumaat lalu dan dijangka berterusan sehingga Sabtu.
Beliau mengingatkan orang ramai untuk terus berwaspada dan berjaga-jaga terhadap kemungkinan bencana hidrometeorologi selanjutnya. – Xinhua