Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    4 maut, 8 cedera dalam kebakaran

    MANILA, 28 FEB – Seorang bapa berusia 60 tahun, ibu berusia 54 tahun, dan dua anak lelaki mereka, berusia 14 dan 12 tahun, maut dalam kebakaran yang memusnahkan kira-kira 12 buah rumah di Bandar Cebu di tengah Filipina, kata seorang anggota bomba bandar itu, hari ini.

    Wendell Villanueva dari pejabat bomba bandar berkata, mangsa sedang tidur lena apabila kebakaran itu berlaku sebelum 2 pagi waktu tempatan, kelmarin.

    Seorang anak perempuan daripada pasangan yang terselamat dalam kebakaran memberitahu penyiasat bahawa ibu bapa dan adik-beradiknya sedang tidur di tingkat tiga rumah mereka. Dia berkata ahli keluarga lain berada di tingkat bawah. Manakala lapan ahli keluarga lain cedera dalam kebakaran itu.

    Bomba mengambil masa tiga jam untuk memadamkan api yang merebak dengan pantas di kawasan perumahan itu sehingga menjejaskan 30 keluarga. – Xinhua

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...