Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 maut dalam badai Emnati

    JOHANNESBURG, 27 FEB – Empat maut dan puluhan ribu terjejas selepas taufan Emnati melanda negara kepulauan Madagascar, menurut pegawai baru-baru ini.

    Negara tersebut masih lagi dalam kesukaran akibat taufan lain yang melanda awal bulan ini, Emnati pula melanda pada awal minggu dengan kelajuan angin sehingga 140 kilometer sejam.

    Bencana alam itu telah mengakibatkan empat kematian di Farafangana, sebuah bandar pantai di tenggara, menurut angka awal oleh Pejabat Pengurusan Risiko Kebangsaan Madagascar. Hampir 72,200 orang telah terjejas oleh taufan tersebut, yang turut menyebabkan jalan raya dan jambatan terhalang atau terputus.

    Madagascar adalah salah sebuah negara termiskin di dunia dan terdedah kepada kejadian alam seperti ribut dan taufan antara bulan November dan April setiap tahun. Manakala satu lagi ribut iaitu taufan Batsirai melanda pulau tersebut pada awal Februari dan telah menjejaskan sekitar 270,000 orang dan meragut 121 nyawa. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda