Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 maut dalam kebakaran hutan terburuk Cyprus

    NICOSIA, 4 JULAI – Kebakaran hutan terbesar Cyprus mengorbankan empat mangsa, memusnahkan kediaman dan memaksa orang ramai berpindah ke kawasan selamat.

    Negara jirannya, Greece, Israel dan beberapa negara di Mediterranean telah menghantar pesawat pemadam kebakaran ke pulau berkenaan.

    Kebakaran bermula semalam di kawasan berbukit di selatan pergunungan Troodos ketika negara itu berhadapan dengan gelombang panas yang terik. Presiden Cyprus, Nicos Anastasiades, menerusi kenyataan di Twitter, berkata kebakaran terbesar sejak 1974, ketika pulau itu dipecahkan dengan Turki menguasai wilayah di utara, sebagai satu tragedi besar.

    “Kebakaran tersebut menyebabkan kehilangan nyawa dan menghancurkan harta benda serta hutan,” katanya sambil menegaskan kerajaan akan memberikan bantuan segera kepada mangsa serta keluarga mereka.

    Menteri Dalam Negeri, Nicos Nouris berkata pihaknya tidak akan meninggalkan mangsa yang terkesan dengan tragedi itu.

    Tambah beliau, empat mayat yang rentung ditemukan di luar kampung Odos di daerah Larnaca.

    “Semua petunjuk menunjukkan empat mangsa yang terkorban ini adalah mereka yang dilaporkan hilang dan dipercayai adalah warga Mesir.

    “Pemeriksa forensik akan ke tempat kejadian bagi mengenal pasti mangsa yang terkorban,” katanya kepada pemberita hari ini.

    Akhbar harian, Phileleftheros, melaporkan keempat-empat mayat itu dijumpai kira-kira 400 meter dari kenderaan mereka yang terbakar. Media tempatan melaporkan seorang lelaki berusia 67 tahun telah ditangkap kerana disyaki menyebabkan kebakaran. – AFP

    Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di cerun gunung Troodos pada malam 3 Julai 2021. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda