Tuesday, April 15, 2025
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 maut dalam nahas kereta-bas sekolah di selatan Brazil

    SAO PAULO, 8 APRIL – Empat beranak, termasuk seorang kanak-kanak telah maut, manakala empat lagi tercedera selepas sebuah kenderaan bertembung dengan sebuah bas sekolah di negeri Parana, selatan Brazil, menurut Jabatan Bomba tempatan kelmarin.

    Kemalangan yang berlaku petang Ahad di lebuh raya persekutuan BR369, di perbandaran Cambara, telah mengorbankan kesemua empat penumpang di dalam kereta itu, termasuk seorang kanak-kanak berusia 7 tahun, lapor Xinhua.

    Menurut Polis Lebuhraya Persekutuan, kereta itu cuba memotong barisan kenderaan ketika ia merempuh bas sekolah yang bergerak dari arah bertentangan, mengakibatkan empat pelajar cedera dan dimasukkan ke hospital.

    Bas sekolah itu membawa 15 remaja ke Kolej Pertanian Cambara, Parana, antara pusat pertanian terpenting di Brazil. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda