Thursday, February 6, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 maut dalam nahas pesawat di selatan Filipina

    MANILA, 6 FEB – Sebuah pesawat persendirian terhempas di wilayah Maguindanao del Sur di selatan Filipina pada petang tadi, mengorbankan empat orang, termasuk tiga warga asing, menurut pelbagai sumber.

    Polis berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 2 petang di pekan Ampatuan.

    Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina mengesahkan nahas itu tetapi masih belum memberikan butiran.

    Agensi Berita Filipina berkata pesawat itu adalah Beech King Air 350 dan empat mayat, termasuk dua lelaki, telah diambil oleh penduduk kampung.

    Anggota polis masih menyiasat kemalangan itu untuk menentukan kewarganegaraan mangsa. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda