Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 maut dalam pertempuran di Kashmir India

    SRINAGAR, India, 11 Okt – Dua komando pasukan udara dan dua suspek pemberontak terbunuh semasa pertempuran senjata hari ini di Kashmir yang ditadbir India, kata tentera, semasa keganasan meluap-luap di rantau bertikai.

    Pertempuran bermula apabila askar-askar mencari militan yang bersembunyi di kawasan kejiranan utara bandar Hajin.

    “Ia adalah operasi yang sukar. Dua militan terbunuh semasa bertembung. Malangnya dua komando pasukan udara juga terkorban,” kata pegawai polis kepada AFP.

    Berita kematian itu muncul dua hari selepas ketua kumpulan militan Jaish-e-Mohammad mati dalam berbalas-balas tembakan bersama pasukan kerajaan di Kashmir.

    Warga Pakistan itu hanya dikenali sebagai Khalid yang dituduh mengatur beberapa siri serangan bunuh diri di seluruh Kashmir yang ditadbir India, yang juga dituntut oleh Pakistan. – AFP

    Wanita dan perempuan Kashmir India menyaksikan upacara pengebumian militan terbunuh di daerah Bandipora, utara Srinagar pada 11 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda