NEW DELHI, 27 JUN – Empat anggota keluarga terbunuh selepas tembok perkarangan di rumah mereka runtuh kelmarin di negeri barat daya Karnataka, kata pegawai.
Tembok itu runtuh di taluk Ullal di daerah Dakshina Kannada. Menurut pegawai jabatan hasil tempatan, kawasan itu telah mengalami hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
“Pagi ini ketika hujan lebat, empat orang daripada sebuah keluarga termasuk dua kanak-kanak maut selepas tembok perkarangan rumah jiran mereka runtuh dan menghempap rumah mereka di Kuttar di kampung Munnur,” kata seorang pegawai.
“Mereka yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri berusia 40an dan anak lelaki serta perempuan mereka.”
Laporan berkata Jabatan Meteorologi India telah mengeluarkan amaran jingga di daerah itu sehingga hari ini.
Kemalangan maut akibat infrastruktur yang gagal, sama ada baharu atau lama adalah perkara biasa di India. – Xinhua
