Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 maut ditembak lelaki bersenjata

    MANILA, 31 JULAI – Empat lelaki maut dalam insiden tembakan di Bula, Filipina pada Selasa malam, lapor agensi berita Xinhua.

    Ketika kejadian mangsa sedang berehat sambil menikmati minuman sebelum diserang dua lelaki bersenjata di Fabrica, sebuah perkampungan di wilayah Camarines Sur, selatan Manila, kira-kira pukul 8.20 malam waktu tempatan, menurut polis tempatan.

    Polis turut menemui kerongsong peluru kaliber 45 dan 9 mm di tempat kejadian.

    Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif serangan dan memburu suspek kejadian. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda