Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 maut kereta terperosok bawah trak

    MANILA, 6 NOV – Empat orang maut dalam satu kemalangan jalan raya hari ini di wilayah Rizal di Filipina, kata polis, lapor Xinhua.

    Jurucakap polis, Leftenan Kolonel Ryan Manongdo dalam temu bual radio berkata sebuah kereta yang dipandu laju merempuh belakang sebuah trak penghantaran lalu terperosok di bawahnya.

    Nahas itu berlaku kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan di lebuh raya di Antipolo City.

    Rempuhan itu mengakibatkan bahagian bumbung kereta remuk dan membunuh empat mangsa, kesemua mangsa dalam lingkungan 20an. Kesemua mangsa maut di tempat kejadian.

    Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca nahas itu. – Bernama

    Gambar Envato Elements
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda