Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 maut serangan nekad di Kabul

    KABUL, 29 Ogos – Seorang pengebom berani mati meletup dirinya di jalan membeli-belah yang sibuk berhampiran kedutaan AS di tengah Kabul hari ini, membunuh empat orang dan mencedera beberapa orang lain, kata pegawai.

    Ia adalah yang terbaru dalam beberapa siri serangan teruk yang melanda ibu negara Afghan, dan berlaku kira-kira tiga bulan selepas sebutir bom trak meletup di kawasan yang sama, membunuh kira-kira 150 orang.

    “Pada kira-kira 10:00 pagi, seorang pengebom berani mati meletup bahan letupannya berhampiran sebuah bank swasta dan berhampiran dengan Dataran Massoud. Lebih banyak butir akan dikeluarkan selepas ini,” beritahu Najib Danish, jurucakap untuk kementerian dalam negeri Afghanistan, kepada AFP.

    Beliau menambah dalam satu mesej di Twitter bahawa empat orang telah terbunuh dalam serangan.

    Letupan berlaku pada masa apabila ramai pegawai dijangka mengambil gaji mereka sebelum cuti Hari Raya Aidil Adha pada minggu ini.

    Polis Afghanistan terus menjalankan kawalan di lokasi serangan bunuh diri di luar sebuah bank berhampiran kedutaan AS di Kabul pada 29 Ogos 2017. – AFP

    Bank Kabul, bank swasta yang dilanda letupan, biasanya membayar gaji kakitangan anggota keselamatan dan pekerja kerajaan.

    Gambar yang disiar di televisyen Afghan menunjukkan bahagian luar bandar yang remuk.

    Waheed Majroh, jurucakap kementerian kesihatan, memberitahu AFP seorang mayat dan lapan orang cedera telahpun dibawa ke hospital Kabul setakat ini.

    Letupan berlaku di jalan raya yang didereti kedai dan bank menuju ke Dataran Massoud, berhampiran kedutaan Amerika Syarikat dan kawasan diplomatik Kabul.

    Tidak ada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab tetapi pemberontak Taliban buatmasa sekarang berada di kemuncak musim pertempuran musim panas, dan telah melancarkan beberapa serangan di sekitar negara dalam beberapa minggu ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda