Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 maut termasuk anak damit dalam kebakaran

    BARCELONA, 30 NOV – Satu kejadian kebakaran meranapkan sebuah bank yang ditinggalkan dan dihuni oleh gelandangan di tengah Barcelona hari ini, membunuh empat orang, termasuk seorang anak damit dan budak berusia tiga tahun, menurut anggota bomba Sepanyol.

    “Semasa kami berusaha memadam kebakaran, kami menemui empat orang. Perkhidmatan kecemasan cuba menyelamatkan me-reka namun gagal, mereka tidak dapat diselamatkan,” kata ketua operasi, Angel Lopez kepada wartawan.

    Anggota bomba berjaya menyelamatkan empat mangsa yang berada dalam bangunan ketika usaha memadam kebakaran dijalankan, tambahnya.

    Kesemua mangsa diberikan rawatan.

    Sementara itu, Lopez berkata ia masih belum jelas bagaimana empat yang terbunuh berkaitan antara satu sama lain, menurut akhbar La Vanguardia, kesemuanya adalah sebuah keluarga dari Romania.

    Jurucakap bagi pihak polis Catalonia, Mossos d’Esquadra berkata kertas siasatan sudah dibuka untuk mengetahui punca kebakaran.

    Pada Disember 2020, empat orang terbunuh dalam kebakaran di kompleks industri yang didiami oleh gelandangan, kesemua mereka pendatang dari Afrika, berhampiran Barcelona.

    Lebih 100 gelandangan dipercayai tinggal di kompleks yang ditinggalkan di Badalona, terletak di luar bandar bahagian utara.

    Selain itu, lebih 20 orang dilaporkan mengalami kecederaan semasa kebakaran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda