Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 mayat ditemukan di lokasi pesawat terhempas

    MANILA, 23 FEB – Pasukan penyelamat menemukan empat mayat daripada bangkai pesawat ringan yang terhempas berhampiran kawah gunung berapi di tenggara Manila enam hari lalu, kata seorang pegawai tempatan hari ini.

    Pesawat Cessna 340A itu dalam perjalanan menuju ke Manila dan terhempas beberapa minit sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol di bandar Daraga.

    Datuk Bandar Camalig, Caloy Baldo berkata usaha untuk membawa turun mayat juruterbang dan anak kapal serta dua jurutera itu mungkin mengambil masa memandangkan keadaan bentuk muka bumi yang cerun, lapor Xinhua.

    Beliau berkata mayat ditemukan kira-kira 350 meter dari kawah gunung berapi Mayon yang terletak di wilayah Albay. 

    Lokasi nahas berada dalam zon bahaya dan tiada orang dibenarkan berada di kawasan itu atau sebarang pesawat boleh terbang, katanya.

    Nahas di Albay itu adalah yang kedua dalam tempoh hampir sebulan. Sebelum ini, sebuah pesawat Cessna yang membawa enam orang termasuk juruterbang dan lima penumpang hilang sejurus berlepas dari wilayah Isabela di utara Filipina pada 24 Januari.

    Pesawat itu masih belum dapat dikesan sehingga kini. – Bernama

    Gambar serahan Biro Bomba Camalig menunjukkan penyelamat bersedia untuk mencari penumpang pesawat ringan Cessna 340 di Tumpa Gulley, bandar Camalig di wilayah Albay, Filipina. Pihak berkuasa mengatakan mereka telah menemui empat mayat dalam nahas itu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda