Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 meterai perjanjian program perantis

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JULAI – Empat orang perantis perempuan menjadi kumpulan kedua yang menandatangani perjanjian untuk memulakan program perantisan mereka di Klean & Klear Sdn Bhd (K&K), sebuah syarikat pengurusan sisa.

    Majlis penandatanganan berlangsung di Pejabat K&K, Jalan Pandan 7, Kuala Belait, baru-baru ini.

    Hadir semasa majlis berkenaan dan menandatangani bagi pihak K&K ialah Pengarah Urusan, Dr Haji Supry bin Haji Ag Ladi. Manakala dua perantis bagi kumpulan pertama telah menandatangani perjanjian mereka pada Jun lalu.

    Enam orang perantis tempatan iaitu dua orang perantis lelaki dan empat orang perantis perempuan telah ditawarkan pelbagai jawatan teknikal dalam syarikat berkenaan sebagai sebahagian daripada persiapan awal K&K bagi operasi lojinya.

    Semasa di Integrated Scheduled Waste Management Plant (ISWM P), Taman Perindustrian Sungai Liang (SPARK), para perantis akan menjalani program-program latihan di loji K&K di SPARK dan di kemudahan rakan-rakan kongsi teknikal di luar negara.

    Sebanyak 90 peluang pekerjaan akan tersedia apabila ISMWP K&K beroperasi sepenuhnya dan menyeru warga tempatan untuk memohon dan merebut peluang dalam kerjaya itu.

    Dr Haji Supry dan empat perantis bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – Gambar serahan K&K
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda