Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    4 negeri peringati pembentukan M’sia

    KUALA LUMPUR, 16 SEPT– Selain Melaka yang menjadi lokasi bagi Sambutan Hari Malaysia 2022 peringkat kebangsaan, Pahang, Sarawak, Pulau Pinang dan Perak turut tidak ketinggalan menganjurkan pelbagai acara bagi memperingati pembentukan Malaysia pada 16 September.               

    Di Pahang, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata penganjuran sambutan Hari Malaysia peringkat negeri itu dibuat setiap tahun sebagai mengenang kembali detik bersejarah berkenaan selain memperingati pengorbanan mereka yang berjuang demi kedaulatan negara.

    “Sejarah perlu sentiasa diperingatkan untuk menjauhi anasir buruk yang cuba melagalagakan rakyat… pendidikan sejarah dapat membentuk jati diri dan menyemai semangat menghargai nikmat yang dirasai sejak pembentukan Malaysia.

    “Ini juga membolehkan kita sedar kesan buruk yang boleh berlaku jika bersengketa antara satu sama lain. Seharusnya kita hidup bertoleransi dalam suasana harmoni serta menjauhi sikap suka mempersendakan, menghina atau mencari kesalahan yang hanya akan merosakkan perpaduan rakyat,” katanya.

    Wan Rosdy berkata demikian semasa berucap merasmikan Sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Rompin hari ini, yang turut dihadiri barisan pentadbiran kerajaan negeri.

    Lebih 5,000 peserta berbilang bangsa dan kaum dengan berpakaian tradisional, kebangsaan, dan retro menyertai program Keretapi Sarong 2022 sempena sambutan Hari Malaysia 2022 di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur, kelmarin. – Bernama

    Di Sarawak, lebih 700 orang menyertai Program Berbasikal Kayuhan Perpaduan sejauh 20 kilometer yang diadakan bagi memeriahkan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri itu di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu dan disempurnakan Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak Datuk Henry Harry Jinep bermula 7:30 pagi tadi.

    Di Pulau Pinang, majlis sambutan Hari Malaysia pe-ringkat negeri diadakan secara sederhana tetapi meriah di Pusat Perdagangan dan Pameran Vervea (VTEC) Batu Kawan.

    Sambutan itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak bersama isteri Toh Puan Khadijah Mohd Nor, Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan barisan Exco kerajaan negeri, yang dimulakan dengan nyanyian Negaraku dan menaikkan Jalur Gemilang serta persembahan kebudayaan.

    Di Perak, sebanyak 110 sampan nelayan terlibat dalam perarakan di Perairan Kelubong ke Sungai Kerang dan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Kerang bagi meraikan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Parlimen Bukit Gantang.

    Perarakan sejauh 10 kilometer bermula seawal 8 pagi di Jeti Sungai Kerang itu, turut disertai Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang juga pengerusi LKIM. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...