Wednesday, October 9, 2024
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 pasukan veteran mara suku akhir kejohanan futsal HPA

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Empat pasukan kategori Veteran Kumpulan A telah lebih awal mengesahkan kemaraan ke suku akhir dalam Kejohanan Futsal Antara Kementerian-kementerian sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-31 dengan perlawanan peringkat kumpulan yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, kelmarin.

    Pasukan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) yang memenangi empat perlawanan dan sekali seri mengungguli puncak Kumpulan dengan mengutip 5 mata sementara pasukan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) menduduki tempat kedua dengan 4 mata.

    Selain itu, pasukan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Kementerian Kesihatan (MOH) masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat mengiringi dua pasukan teratas dalam Kumpulan A melangkah ke suku akhir kejohanan.

    Persaingan kategori Veteran yang dibahagikan kepada dua kumpulan dengan penyertaan sebanyak 11 pasukan dalam Kumpulan B akan teruji pada perlawanan yang dijadualkan pada 15 Oktober nanti.

    Antara pasukan-pasukan dalam Kumpulan B adalah Kementerian Pembangunan (MOD), Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (MPRT), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC), Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Pendidikan (MOE).

    Kejohanan futsal yang dikendalikan oleh KHEDN berkenaan dihasratkan untuk meningkatkan potensi pemain dan mencungkil bakat pemain serta mengeratkan lagi hubungan muhibah dan mesra di kalangan warga perkhidmatan awam.

    Antara aksi-aksi pada kejohanan berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JAWATANKUASA FUTSAL HPA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda