Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 pegawai polis tamat kursus peralihan

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Seramai empat orang pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei yang berjaya menamatkan Kursus Pegawai Peralihan yang diadakan selama lima minggu, hari ini, menerima sijil tamat kursus mereka.

    Sijil-sijil berkenaan telah disampaikan pada majlis penutup yang berlangsung di Tingkat 2, Ibu Pejabat Polis, Tungku, Gadong dan disempurnakan oleh Pengarah Pentadbiran Am dan Kewangan, Penolong Pesurujaya Polis, Pengiran Haji Muhammad bin Pengiran Haji Metali selaku tetamu kehormat majlis.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Komandan Pusat Latihan Polis, Penguasa Kanan Polis, Kevin Chiuh Ted Voon, pegawai-pegawai kanan polis dan para jemputan khas lainnya.

    Para penerima terdiri daripada Inspektor Haji Nordin bin Haji Untong, Inspektor Harun bin Chuchu, Inspektor Mohammad Ali Dzulfikri bin Mohammad Taib dan Inspektor Muhd Hadi bin Muhd Nasiruddin.

    Para pegawai polis yang dirai bergambar ramai pada majlis penutup tersebut.
    Para pegawai polis yang dirai bergambar ramai pada majlis penutup tersebut.

    Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong.

    Kursus intensif selama lima minggu bermula pada 1 Mei hingga 7 Jun itu merangkumi latihan kawad dan pelbagai aktiviti fizikal yang menjadi asas pembentukan disiplin, pelajaran undang-undang, latihan senario serta latihan tembak.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda