Friday, November 15, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 pegawai sertai program latihan pendakwah di Jakarta

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Dua orang pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dan dua orang pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM) telah menyertai Program Pelatihan Penguatan Kompetensi Da’i/Da’iyahTahun 2024 di Jakarta Utara, Republik Indonesia selama tiga hari, bermula dari 7 hingga 9 Oktober lalu.

    Program yang bertemakan Bimbingan Teknis Penguatan Kompetensi Penceramah Agama Islam merupakan salah satu inisiatif di bawah Fokus Strategik “Pendidikan dan Penghayatan Berugama” dalam Rancangan Strategik MABIMS 2021-2025 di bawah kendalian Kementerian Agama Republik Indonesia sebagai negara penyelaras.

    Program tersebut bertujuan untuk meningkatkan kompetensi pendakwah dalam menyampaikan dakwah yang relevan dengan perkembangan semasa, khususnya dalam konteks negara masing-masing. Ini termasuk penguasaan konsep kesederhanaan dan penerapan strategi komunikasi yang lebih efektif.

    Seterusnya, fokus utama program adalah memantapkan peranan pendakwah dalam menangani isu, radikalisme, ekstremisme, dan penyebaran aliran-aliran yang menyimpang.

    Sebagai tambahan, para peserta program juga berpeluang mengikuti lawatan ke Masjid Al-Istiqlal serta Unit Percetakan Al-Quran di Ciawi, Bogor, yang akan menambah nilai pengalaman mereka sepanjang program.

    Pegawai-pegawai dari PDI dan JHEM yang menyertai program berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda