Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    4 pekerja loji nuklear terkena percikan air mengandungi radioaktif

    TOKO, 27 OKT – Empat pekerja di loji nuklear Fukushima telah terkena percikan air yang mengandungi bahan radioaktif, dengan dua daripada mereka dimasukkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga, kata pengendali loji itu, hari ini.

    Kejadian baru-baru itu menonjolkan bahaya yang masih dihadapi oleh Jepun dalam proses penutupan loji tersebut yang telah terjejas akibat tsunami besar pada 2011 dalam bencana nuklear terburuk di dunia sejak Chernobyl pada 1986.

    Lima pekerja sedang membersihkan paip di sistem ALPS yang menyaring air sisa sebelum dilepaskan ke laut apabila dua daripada mereka terkena percikan air apabila hos terlepas secara tidak sengaja, kata jurucakap TEPCO, pengendali loji itu kepada AFP.

    Dua lagi tercemar semasa mereka membersihkan tumpahan itu, kata jurucakap itu.

    Tahap radiasai dalam badan kedua-dua lelaki yang dimasukkan ke hospital adalah pada tahap atau melebihi 4 bekerel setiap sentimeter persegi, iaitu ambang batas yang dianggap selamat.

    Kemungkinan kedua-dua lelaki itu mengalami luka melecur akibat pendedahan radiasi adalah rendah, menurut seorang doktor, kata TEPCO. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...