Tuesday, April 8, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 ‘pelancong’ angkasa kembali ke bumi

    CAPE CANAVERAL, 6 APRIL – Empat pelancong angkasa lepas selamat kembali ke Bumi pada Jumaat selepas menyempurnakan misi orbit di sekitar kutub utara dan selatan yang dibiayai secara peribadi.

    Pelabur Bitcoin, Chun Wang, menyewa penerbangan khas SpaceX dengan kapsul Dragon untuk dirinya dan tiga lagi peserta. Kapsul tersebut dilengkapi dengan tingkap berkubah yang memberikan pandangan 360 darjah ke kawasan sekeliling.

    Namun, Wang, seorang lelaki yang berasal dari China dan kini merupakan warga Malta, tidak mendedahkan jumlah kos perjalanan selama tiga setengah hari tersebut.

    Kapsul mereka dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy dan kembali ke pesisir California Selatan, menjadikan misi ini sebagai penerbangan pertama manusia yang mengelilingi bumi melalui kutub serta pendaratan di pasifik pertama dalam tempoh 50 tahun.

    “Ia sungguh epik, seperti berada di padang pasir lain yang tidak berpenghujung,” kata Rogge dalam sebuah video yang dimuat naik oleh Wang di platform X.

    Mikkelsen pula membawa peralatan kamera dan banyak menghabiskan masa di belakang lensa sepanjang penerbangan.

    Menurut Wang, keempat-empatnya mabuk angkasa sejurus tiba di orbit. Namun, menjelang hari kedua, mereka berasa lebih baik dan membuka penutup tingkap di atas Kutub Selatan untuk menikmati pemandangan dari ketinggian kira-kira 430 kilometer.

    Ujian perubatan diteruskan ketika mereka mendarat.

    Keempat-empat kru keluar dari kapsul sambil membawa beg peralatan, bagi membolehkan penyelidik menilai kestabilan tubuh kru selepas kembali ke Bumi. Mereka kelihatan ceria dan mengangkat tangan tanda kejayaan. – AP

    Eric Philips, Rabea Rogge, Jannicke Mikkelsen dan Chun Wang selamat kembali ke bumi. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda