BISHKEK, 27 FEB – Runtuhan salji di timur Kyrgyzstan mengorbankan empat nyawa, menurut perkhidmatan media Kementerian Situasi Kecemasan Kyrgyzstan, kelmarin.
Tragedi berlaku pada 1 petang waktu tempatan di Lembah Jyrgalan di wilayah Issyk-Kul, lapor Xinhua.
Seramai 23 pelancong dari Republik Czech dan Slovakia tiba di Lembah Jyrgalan untuk bermain ski namun terperangkap dalam runtuhan salji dan menyebabkan empat
warga Czech terkorban, menurut perkhidmatan media terbabit. – Bernama