Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 pemain PSG mohon maaf nyanyi lagu hina Marseille

    PARIS, 1 OKT – Empat pemain Paris Saint-Germain (PSG) hari ini memohon maaf atas nyanyian mereka yang berunsur penghinaan yang ditujukan kepada pasukan lawan, Marseille selepas perlawanan Liga 1, dengan menyatakan bahawa mereka ‘benar-benar menyesal’ dengan kata-kata yang digunakan.

    Ousmane Dembele, Randal Kolo Muani, Layvin Kurzawa dan Achraf Hakimi, kesemuanya pemain antarabangsa Perancis dan Morocco, dirakam menyanyikan lagu yang menghina peminat Marseille selepas kemenangan 4-0 di Parc des Princes pada 24 September lalu.

    “Kami terbawa-bawa dengan rasa gembira serta amat menyesali perkataan yang seharusnya tidak kami ucapkan dan ingin memohon maaf,” kata keempat-empat mereka dalam catatan media sosial yang serupa.

    “Mereka sedar akan impak perbuatan dan kata-kata mereka, terutamanya golongan muda yang menonton perlawanan itu,” tambah mereka. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda