Sunday, June 30, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    4 pendaki maut di Gunung Fuji sebelum laluan dibuka

    TOKYO, 27 JUN – Tiga orang yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran kawah Gunung Fuji di tengah Jepun, kelmarin, kemudiannya disahkan meninggal dunia, manakala seorang pendaki profesional jatuh sakit di laluan dan kemudiannya meninggal dunia, menurut jabatan polis Wilayah Shizuoka, Jepun.

    Tiga individu yang ditemui di bahagian Wilayah Shizuoka di puncak tertinggi Jepun, yang juga merentasi Wilayah Yamanashi, terletak jauh antara satu sama lain, menunjukkan mereka mungkin mendaki gunung itu secara berasingan, kata polis.

    Polis tempatan sedang berusaha untuk mengesahkan identiti mereka dan menentukan bagaimana mereka mati.

    Pendaki profesional, Keita Kurakami, tidak sedarkan diri apabila beliau mendaki denai Yoshida di sebelah Gunung Wilayah Yamanashi pada ketinggian sekitar 3,000 meter pada pagi kelmarin, tambah polis.

    Lelaki berusia 38 tahun itu telah diselamatkan oleh pegawai polis yang berada di atas gunung untuk memeriksa laluan, tetapi meninggal dunia kemudian di hospital. Beliau dipercayai menghidap penyakit jantung.

    Musim pendakian rasmi tahun ini untuk denai Yoshida, denai paling popular di Gunung Fuji, dari Wilayah Yamanashi akan bermula Isnin depan, manakala tiga denai di sebelah Prefektur Shizuoka dijangka dibuka pada 10 Julai.

    Pihak berkuasa memberi amaran bahawa mendaki laluan di luar musim adalah berbahaya, menggesa orang ramai untuk tidak mendaki Gunung Fuji sebelum selamat untuk melakukannya.

    Gunung Fuji ialah destinasi pelancongan yang popular, yang ditetapkan sebagai tapak Warisan Budaya Dunia UNESCO pada 2013. – Xinhua

    Bayangan Gunung Fuji kelihatan pada awan yang tergantung di bawah puncak pada 27 Ogos 2019, di Jepun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...