Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 persatuan insurans adakan mesyuarat tahunan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Persatuan Insurans dan Takaful Brunei (BITA), Persatuan Insurans Am Singapura (GIAS), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Insurans Am Thailand (TGIA) telah mengadakan mesyuarat empat pihak tahunan, di sini, semalam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan BITA, mesyuarat berobjektif untuk berkongsi perkembangan pasaran setempat dan cerita-cerita kejayaan masing-masing termasuk penubuhan Biro Insurans Motor, teknologi dan prosedur untuk meringankan kemalangan kenderaan bermotor dan kesedaran mengenai tuntutan kemalangan bermotor.

    Mesyuarat yang dihadiri oleh 20 orang peserta dari BITA, GIAS, PIAM dan TGIA itu telah dipengerusikan oleh Pengerusi BITA, Haji Osman bin Haji Mohd Jair.

    Kenyataan menyatakan, empat persatuan berkenaan telah memberikan gambaran mengenai kemas kini industri masing-masing dan membincangkan isu-isu kebimbangan termasuk kesedaran keselamatan jalan raya dan perubahan dalam persekitaran ekonomi serta Standard Laporan Kewangan Antarabangsa (IFRS). Selepas mesyuarat setengah hari itu, para peserta mengeratkan lagi hubungan menerusi permainan golf.

    Pengerusi BITA bergambar ramai semasa mesyuarat empat pihak tahunan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda