4 roket dari Syria dipintas

BAITULMAQDIS, 19 NOV – Tentera Israel berkata mereka memintas empat roket dari Syria hari ini dan diiringi bunyi letupan di Damsyik, seminggu selepas serangan Israel menyasarkan ketua pemisah Palestin di bandar Syria.

Sistem pertahanan udara Israel mengesan pelancar itu, kata tentera, dan tiada kecederaan dilaporkan daripada komuniti Israel di Golan Height selepas siren amaran berbunyi menyedarkan penduduk awal pagi.

Tiada kenyataan rasmi dari Syria tetapi agensi berita negeri SANA melaporkan letupan didengari dekat lapangan terbang Damsyik, menunjukkan kemungkinan serangan balas Israel.

Tentera Israel tidak akan membuat sebarang kenyataan mengenai letupan di Syria tetapi Menteri Pertahanan Naftali Bennett bersidang dengan tentera tertinggi di Tel Aviv bagi membincangkan perkembangan terbaharu.

Berucap di radio tentera Israel, Menteri Luar Negeri Israel Katz juga berasa samar-samar dengan serangan itu, berkata “Israel akan bertindak mengikut apa yang patut.”

Kejadian tembakan roket yang jarang berlaku itu, muncul seminggu selepas serangan udara Israel ke atas ketua kumpulan pemisah Palestin yang berpangkalan di Syria.

Akram al-Ajouri, seorang anggota pemimpin kumpulan pemisah Jihad Islam yang hidup dalam buangan, selamat daripada serangan tetapi anak dan cucunya terbunuh. – AP

Tentera Israel dalam kenderaan perisai dekat sempadan Syria, di Golan Height. – AFP