Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 syarikat, 6 individu dikenakan kompaun buang sampah merata

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Empat buah syarikat dikenakan denda kompaun di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Penggal 30), hasil daripada rondaan rutin yang dilaksanakan oleh Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, JDBM, di sini, syarikat-syarikat berkenaan masing-masing dikenakan denda kompaun sebanyak $1,000.

    Selain itu, dalam tempoh 11 hingga 19 Ogos, enam kompaun dikeluarkan ke atas individu-individu kerana didapati membuang sampah di kawasan Pantai Jerudong di mana lima orang individu masing-masing dikeluarkan kompaun sebanyak $100 dan seorang individu dikeluarkan kompaun sebanyak $300.

    Individu-individu dan syarikat-syarikat berkenaan telah diarahkan untuk menjelaskan denda kompaun dalam masa tujuh hari. Jika gagal, kes akan di bawah ke mahkamah di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Penggal 30) iaitu sabit kesalahan boleh membawa hukuman tidak melebihi $9,000 bagi individu manakala tidak melebihi $30,000 bagi syarikat atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Pihak jabatan juga ingin memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai pembuangan sampah yang menyalahi undang-undang dengan menyertakan alamat lokasi berserta gambar-gambar melalui pesanan WhatsApp 8321581. 

    Gambar & Bawah: Antara kesalahan-kesalahan oleh syarikat-syarikat yang dikesan. – Gambar serahan JDBM
    Gambar serahan JDBM
    Atas & Bawah: Antara kesalahan oleh individu yang dikesan. – Gambar serahan JDBM
    Gambar serahan JDBM
    Gambar serahan JDBM
    Gambar serahan JDBM
    Gambar serahan JDBM
    Sampah yang dibuang di tempat awam dikesan oleh pihak berkuasa. – Gambar serahan JDBM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda