Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 terbunuh, 1 hilang dalam kemalangan bot di timur Indonesia

    JAKARTA, 1 OGOS – Empat orang disahkan maut dan seorang masih hilang berikutan kemalangan bot penumpang di wilayah timur Indonesia, Papua Tengah, kata pihak berkuasa tempatan hari ini.

    Jurucakap Polis Papua, Ignatius Benny Prabowo memberitahu media tempatan bahawa bot itu membawa seramai 13 orang dari Pelabuhan Arwana di wilayah Mimika ke wilayah Potowaiburu pada sekitar 1 tengah hari waktu tempatan di tengah-tengah cuaca buruk. Di pertengahan perjalanan, bot itu tiba-tiba karam dipukul ombak, jelasnya.

    Mangsa-mangsa termasuk beberapa pekerja syarikat tempatan dan anggota keselamatan.

    Lapan orang berjaya bertahan manakala itu, usaha mencari dan menyelamat diteruskan bagi mangsa yang hilang. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda