KIEV, 30 Mei – Sebuah helikopter tentera terhempas di barat Ukraine, membunuh empat orang askar, kata tentera hari ini.
Nahas helikopter Mi-8 di kawasan barat Rivne semasa latihan lewat semalam membunuh tiga anggota krewnya dan komando Briged pasukan tentera darat 16th Separate Army Aviation, menurut kenyataan itu.
Tiada penjelasan segera mengenai punca nahas. – AFP