Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 terbunuh puting beliung landa Afrika Selatan

    JOHANNESBURG, 29 JUN – Empat orang maut di KwaZulu-Natal Afrika Selatan selepas wilayah tenggara itu dilanda hujan lebat dan puting beliung, kata pihak berkuasa hari ini.

    Angin kencang dan hujan merosakkan jalan raya dan membanjiri rumah serta sistem pembetung, diikuti dengan puting beliung yang melanda utara bandar pelabuhan Durban pada hari Selasa.

    “Malangnya, setakat ini empat orang telah disahkan maut,” kata jabatan pengurusan bencana wilayah itu dalam satu kenyataan. Tiga maut di Durban dan yang keempat di KwaZulu-Natal yang lebih luas, katanya, sambil menambah bahawa orang ke lima hilang dan lebih 150 orang kehilangan tempat tinggal.

    Musim hujan di KwaZulu-Natal kebiasaanya berlangsung dari November hingga Mac, dan hujan lebat pada masa ini adalah tidak biasa katanya. “Kami mengalami sendiri kesan perubahan iklim semasa musim sejuk,” kata jabatan itu.

    Pada April 2022, wilayah itu dilanda banjir terburuk dalam sejarah, mengalami kehilangan lebih 400 nyawa di Durban dan kawasan sekitarnya.

    Pakar telah memberi amaran bahawa banjir dan kejadian cuaca ekstrem lain menjadi lebih kuat dan kerap seiring dunia yang semakin panas. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda