Thursday, January 9, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    4 vokalis rock ‘otai’ Malaysia kongsi pentas di S’pura Feb ini

    Datuk Nash, Zamani Slam, Ameng Spring dan Jatt Ali akan berpadu tenaga menjayakan Konsert Hitster Vol 1 – Otai Sangat Menyengat di The Star Theatre, Singapura, 1 Februari depan.

    Penganjur konsert MUSE+ dalam satu kenyataan hari ini, berkata empat vokalis rock ‘otai’ itu dipilih berkongsi pentas berikutan jenama dan karya hit mereka masih mendapat tempat di hati peminat di sana.

    “Tanyalah siapa tidak pernah dengar lagu Pada Syurga Di Wajahmu (Nash), Tak Mungkin Berpaling (Zamani), Sampai Hati (Ameng Spring) atau Khayalan (Jatt Ali Black Dog Bone), kami di MUSE+ percaya peminat muzik pasti pernah mendengar atau mungkin sangat meminati lagu-lagu ini.

    “Signifikan dengan konsep yang dibawakan iaitu hitster dan ‘otai sangat menyengat’ maka Datuk Nash, Zamani, Ameng Spring dan Jatt Ali merupakan vokalis paling layak mengisi edisi ini,” kata MUSE+.

    Dalam kenyataan sama, Zamani menyifatkan pemilihannya menjayakan konsert itu sebagai penghormatan, lebih-lebih lagi ini kali pertama beliau berkongsi pentas dengan Datuk Nash, Ameng Spring dan Jatt Ali di The Star Theatre.

    “Syabas buat penganjur kerana membawa sebuah konsert dengan konsep yang cukup unik apabila menggabungkan empat vokalis dengan ciri khas masing-masing di atas satu pentas,” katanya. – Bernama

    (Dari kiri) Datuk Nash, Zamani Slam, Ameng Spring dan Jatt Ali bakal menggamatkan pentas Konsert Hitster Vol 1 – Otai Sangat Menyengat di The Star Theatre, Singapura pada 1 Februari depan. – destina.my
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda