Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 SEPT – Empat peserta dari Negara Brunei Darussalam telah berlepas ke Labuan hari ini bagi menyertai 9 Ball Tournament 2024 yang berlangsung di Labuan bermula esok hingga 29 September.
Rombongan diketuai oleh pemilik Merce Snooker & Cafe, Deddyerpendi bin Farimanshah, sekali gus menaja peserta negara ke perlawanan tersebut.
Beliau ketika dihubungi, melahirkan harapan dengan perlawanan yang disertai itu akan dapat pulang membawa kejayaan dan sebagai persiapan untuk perlawanan yang akan datang di Hanoi pada Oktober ini.
Perlawanan itu akan di sertai oleh 75 peserta dari beberapa buah negara seperti Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura, termasuk Sabah, Sarawak dan juga Persekutuan Labuan sebagai negara tuan rumah bagi perlawanan tersebut.