Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 12 FEB – Empat wanita warga tempatan berusia antara 37 hingga 46 tahun ditahan atas kesalahan menjalankan aktiviti tidak bermoral di sebuah bilik sewa sebuah rumah di Mukim Gadong baru-baru ini. Tahanan dilakukan dalam satu serbuan oleh Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan