Sunday, June 30, 2024
28.6 C
Brunei

    -

    40 belia masjid kunjungi PPB

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Seramai 40 orang dalam kalangan kumpulan belia masjid Daerah Brunei Muara pagi tadi telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Pembangunan Belia (PPB), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang diungkayahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Belia Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM).

    Hadir bagi mengetuai rombongan berkenaan ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Belia Masjid, Haji Yusli bin Haji Ashli.

    Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk menggalakkan para belia masjid untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan sekaligus mendidik mereka supaya berdikari.

    Turut hadir, pegawai dan kakitangan dari JHEM serta kumpulan belia masjid.

    Rombongan kumpulan belia masjid bergambar ramai semasa mengadakan lawatan ke PPB. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...