Friday, July 25, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    40 cedera, kebakaran kompleks perniagaan di utara Iran

    TEHRAN, 23 JULAI – Kira-kira 40 orang cedera selepas sebuah kompleks perniagaan di bandar pelabuhan utara Iran, Bandar-e Anzali terbakar kelmarin, lapor Xinhua memetik agensi berita IRIB.

    Daripada jumlah itu, lima mangsa dibawa ke hospital, manakala selebihnya menerima rawatan awal di lokasi kejadian dan dibenarkan pulang, menurut Ketua Perkhidmatan Kecemasan Wilayah Gilan, Jamshid Mohammadi.

    Beliau memaklumkan bahawa 12 daripada mangsa yang cedera adalah anggota bomba yang mengalami keracunan gas semasa berusaha memadamkan kebakaran, namun mereka telah diberikan rawatan di tempat kejadian.

    Menurut jurucakap Zon Bebas Anzali, Mehdi Kazemian yang dipetik agensi berita rasmi IRNA, kebakaran berlaku di gudang Kompleks Venus sekitar 9:45 pagi waktu tempatan. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda