Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

40 diselamatkan daripada kebakaran bangunan

SEOUL, 3 JAN – Kebakaran tercetus di sebuah bangunan kedai di Bundang, selatan Seoul, hari ini, dengan beberapa orang dilaporkan terperangkap dalam premis itu, lapor agensi berita Yonhap, memetik pihak berkuasa.

Kebakaran bermula 4:37 petang di sebuah bangunan lapan tingkat di Yatap-dong, daerah Bundang di bandar raya Seongnam. Pasukan bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran dengan mengerahkan kira-kira 80 jentera bomba dan peralatan lain, menurut pihak berkuasa.

Menurut pihak berkuasa, kira-kira 40 orang diselamatkan dari bangunan itu, manakala kira-kira 50 yang lain berjaya menyelamatkan diri.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, tambah mereka. – Bernama

Gambar Pexel
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda