Oleh Daniel Lim
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Seramai 40 orang jemaah telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, kelmarin untuk menunaikan ibadah umrah ke kota suci Mekah dan Madinah yang dianjurkan oleh B2N – Back To Nature Travel Tours Sdn Bhd.
Hadir bagi menyelia rombongan yang berlepas ialah Pengarah B2N – Back To Nature Travel Tours Sdn Bhd (Bahagian Umrah), Haji Abdul Kadir bin Haji Ibrahim, yang menyatakan bahawa rombongan itu akan mengembara ke kota suci Mekah dan Madinah selama 10 hari sehingga 14 Disember.
Antara tempat yang bakal dilawati oleh para rombongan termasuk tapak bersejarah seperti Masjid Quba, Telaga Rasulullah Bir Iziq, Masjid Tujuh, ladang kurma, Gua Hira’, Jabal Uhud dan Jabal Rahmah.
