Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    40 kanak-kanak serlah kreativiti dalam pertandingan mewarna

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 22 OGOS – Lebih 40 kanak-kanak di seluruh negara mempamerkan kreativiti dan imaginasi mereka dalam pertandingan mewarna anjuran Supa Save di cawangan Seria petang kelmarin.

    Para peserta bertanding dalam dua kategori: Kategori A terdiri daripada kanak-kanak berumur 5 hingga 7 tahun yang diberi gambar Cawangan Supa Save Seria untuk diwarnakan; manakala peserta Kategori B terdiri daripada kanak-kanak berumur 8 hingga 11 tahun yang dikehendaki melukis dan mewarna menggunakan kreativiti dan imaginasi mereka berdasarkan pilihan gambar yang disediakan selama satu jam.

    Setiap penyertaan yang dihantar akan dinilai oleh panel hakim yang terdiri daripada jawatankuasa pengelola dan wakil penaja pertandingan.

    Sementara itu, maskot daripada Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) dan Haribo turut membuat kemunculan untuk berinteraksi dengan kanak-kanak, ibu bapa dan para pengunjung.

    Antara penaja-penaja pertandingan ialah International Business-Mate Sdn Bhd, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), CBTL, Roasted Sip, Potato Habit, Ben Foods, dan Vitasoy.

    Setiap peserta menerima sijil penyertaan dan goodie bag dan hadiah berupa hamper turut diserahkan kepada tiga penyertaan terbaik dalam setiap kategori.

    Ini termasuk Lim Yan Jun, Noor Rahmat Khatijah Salim, dan Dk Siti Nur Sarah Maulidya binti Pengiran Md Saiful Bahri, yang masing-masing mencapai tempat pertama hingga ketiga dalam Kategori A; manakala Sofia Umayyrah binti Md Sukardini, Nur Amiratuz Zahraa’ binti Mohd Habsilah, dan Ak Md Syahmi Zul Khairi, yang masing-masing mendapat tempat pertama hingga ketiga dalam Kategori B.

    Hadiah pemenang disampaikan oleh wakil International Business-Mate Sdn Bhd, En Agus; Pengurus Pemasaran dari Coffee Bean & Tea Leaf, Shariyza Shaminan; Pengurus Perolehan dari Supa Save, Zaslin Maidin dan Pengurus Pemasaran & Komunikasi di Supa Save, Edmund Chia.

    Semua di atas: Antara suasana semasa pertandingan berkenaan.

    Beberapa kanak-kanak berinteraksi dengan maskot dan kakitangan.

    Semua di atas: Antara pemenang pertandingan menerima hadiah.

    Gambar ramai para pemenang di akhir pertandingan berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda