Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    40 orang sertai kerja gotong-royong

    Oleh Hajah Saemah Kepli

    Gambar oleh AmnfBas

     

    KUALA BELAIT, 30 Mac – Kira-kira 40 orang telah menyertai kerja gotong-royong membersihkan kawasan jalan menuju ke Sekolah Rendah Orang Kaya Pemancha Berandai (OKPB) Bukit Sawat sehingga kawasan Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Bukit Sawat Labi, hari ini.

    Projek tersebut anjuran bersama Majlis Perundingan Mukim (MPM) Bukit Sawat bersama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Bukit Sawat dan MPK Merangking itu antara lain bertujuan untuk mengeratkan ikatan silaturahim dalam kalangan pesertanya dan untuk meningkatkan budaya kerja berpasukan dalam kalangan penduduk kampung terutama sekali belia-belianya.

    Ia juga merupakan projek tahunan MPM dan MPK berkenaan yang juga dihasratkan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan alam sekitar terutama sekali di kawasan laluan jalan yang digunakan ramai kalangan penduduk di sana.

    Mengetuai projek tersebut ialah Pemangku Ketua Kampung Bukit Sawat, Awang Mohammad bin Abdullah yang turut menyarankan penduduk kampung supaya sentiasa mengaktifkan aktiviti seperti itu dari semasa ke semasa, supaya boleh menyuntikkan semangat kesedaran terutama kepada golongan belia dan juga dapat meneruskan budaya bergotong-royong.

    Gambar ramai mereka yang menyertai kerja gotong-royong anjuran MPM dan MPK Bukit Sawat dengan kerjasama dan MPM Merangking.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda