Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    40 orang tampil uji kepantasan menaip

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 NOV- Seramai 40 orang peserta berusia 18 tahun dan ke atas telah menguji kemahiran masing-masing dalam cabaran pertandingan menaip pantas yang berlangsung di Concepts Computer, Kiulap pada 31 Oktober dan 1 November.

    Pertandingan yang dianjurkan buat kali pertama oleh Concepts Computer menguji kemahiran para peserta untuk menaip dengan pantas dan tepat di mana ia bermatlamat untuk mengenal pasti serta meraikan para peserta menaip paling pantas.

    Pertandingan itu dibukan kepada orang ramai secara percuma yang menyaksikan sambutan yang sungguh menggalakkan dengan para peserta bertanding menggunakan komputer riba Acer masing-masing, memberikan mereka peluang untuk bertanding menggunakan peranti yang mereka rasa selesa dan biasa menggunakan.

    Mengulas mengenai pertandingan berkenaan, Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao menyatakan bahawa kemahiran untuk menaip dengan pantas dan tepat amat mustahak dalam era digital masa kini.

    Menerusi pertandingan itu, ulasnya, mereka ingin untuk menggalakkan para peserta untuk membangun kemahiran digital berharga berkenaan sambil menunjukkan bagaimana kecekapan menaip boleh meningkatkan produktiviti serta membuka pintu kepada lebih banyak peluang dalam kehidupan harian dan kerja.

    Dalam pertandingan itu, tempat pertama telah dimenangi oleh Niwa Subba yang berjaya membawa pulang hadiah, monitor 27 inci Acer Nitro KG270 X1, tempat kedua ialah Vincent Escandallo Castillo yang membawa pulang hadiah tablet 8 inci Acer Iconia A8 dan tempat ketiga dimenangi oleh Syafiq Hamlee yang membawa pulang hadiah Acerpure Foldable Fan.

    Pertandingan menaip pantas sedang dijalankan.
    Pertandingan menaip pantas sedang dijalankan. – GAMBRA SERAHAN CONCEPTS COMPUTER

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda